Permulaan Yang Baru


Assalamualaikum
Dalam beberapa tahun kebelakangan ni, aku cuba mencari suatu medium di mana aku dapat meluahkan rasa, melontarkan pendapat dan tempat untuk aku memberi pandangan. Kadang-kadang, suara dalaman bising tapi aku segan untuk berkata, segan meluahkan rasa. Mungkin sebab aku seorang yang ke arah introvert.

Kemudian aku teringat akan blog ini yang aku tubuhkan sejak 2011 kalau tidak silap aku, Ye, mungkin ini medium yang paling sesuai untuk aku. Melalui penulisan di blog.

Untuk 'bersuara' di laman-laman sosial seperti facebook dan instagram, aku agak malu untuk melontarkan kata. Mungkin juga sebab takut dikata fake bila di alam maya. 

So yeah, ni langkah pertama aku dan tulisan pertama aku untuk blog ini. InsyaAllah akan ada penulisan yang seterusnya. Mohon tunjuk ajar, komentar kepada semua pembaca. Dan aku sangat-sangat berharap untuk menjadi penulis sehebat Aiman Azlan, Afiq Sazlan, Ustaz Pahrol dan ramai lagi. Kebanyakan penulis hebat sekarang bermula dengan berblog. Jadi... aku cuba untuk mengikut langkah. 

Akhir sekali, terima kasih kerana membaca and wait for the next entry! 💖💖
 

Copyright 2013 © CHN
for http://littledaies-port.blogspot.com/