Why Jasmin??Lets see....




Bunga Jasmine



Korang pernah terfikir tak npe Min letak nma Jasmin 
untuk blog ni??
Nak tau??



Malu laaa Min...(megada-gada)
ok2, serius!kami serius...haha
ni betul2 serius


Sebab Min letak nama Jasmin sebab Min 
suka bunga Jasmin.

Sebab lain Min suka nama Jasmin
sebab Min rasa nama Jasmin tu cam sweet je,
tak tau laaa pendapat korang, selera masing2 kan??



Min nak kongsi sikit info tentang Bunga Jasmin
antaranya ialah:



Melur/Melati atau (Inggeris):Jasmine, merupakan pokok jenis belukar renek dan ia juga dikatakan pokok yang jenis merayap dan menjalar. Pokok melur ini mempunyai kira-kia 200 jenis dan boleh didapati dikawasan tropika dan beriklim panas. Pokok ini hidup membesar dalam keadaan menjalar pada pokok-pokok lain atau pada sesuatu bahan yang ia boleh berpaut.
Bentuk daun pokok ini nampak ringkas dan mudah, bercabang tiga, sedikit berlilin dan warna hijau tua. Manakala, warna bunga, pada amnya, ia mudah didapati dengan warna putih, namun spesis yang lain mempunyai bunga warna kuning. Satu bunga melur boleh dijumpai dengan 5 ke 6 kelopak. Bauan bunga ini kuat dan harum. Musim pembungaan bunga melur disekitar musim bunga dan sejuk pada kebanyakkan jenisnya, tetapi, J.nudiflorum dalam musim sejuk boleh dilihat pada dahan-dahannya.


Bahasa Lain 





Melur dalam bahasa-bahasa lain seperti (Itali:jasminum), (Portugisjasmim), (Sepanyol:Jasminum), (PerancisJasmin), (Hawaiipikake atau pikaki), (Indonesia:Melati), (Tamil:Mallipu), (HindiMogra), (TagalogSampaguita), (SanskritMallika).
Manakala panggilan Melur dalam etnik-etnik di Indonesia ialah Menuh (Bali), Meulu cut atauMeulu China (Aceh), Menyuru (Banda), Melur (Gayo dan Batak Karo), Manduru (Menado),Mundu (Bima dan Sumbawa) dan Manyora (Timor), serta Malete (Madura).


1 comment:

~ little headgirl ~ said...

flower ? wahaha ... i am allergic with flower la min ,... ekekekeke ... but little cukee tulip ... hohohoh , =) smile ! comey cursor blog ! eceh ! huhu

 

Copyright 2013 © CHN
for http://littledaies-port.blogspot.com/