Kenali-Hati-Wanita



Untuk para lelaki kat luar sana tu, meh singgah blog Min jap
Hari ni Min nk kongsi bagaimana nak kenal wanita 
Sape2 rasa cam nak tambah, tambah jew...
He he he,  sebahagian yang Min akan tulis memang 
Min rasa ada betulnya jugak sebab
Kekadang Min rasa cam tu jugak
Ni contoh nak kenali wanita



 Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal. 


 KalAU gambar kelas keluar,wanita akan mencari siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah
dirinya sendiri. 


Jika sEorang wanita memberi pelbagai alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. 


 Tapi ,jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.


 Cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,ialah  menyelak buku-buku cinta.


Jangan berlagak pandai dengan mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!


 Jika senjata lelaki adalah kata2,Senjata wanita adalah airmata!!


 Wanita cuma mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


 Mereka selalu meceritakan pelbagai perasaan yang mereka sedang rasa dan lalui kepada Teman baiknya saja.


Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..


 Bagi wanita,cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.


Jangan tackle kwn diowg.Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.


Walaupun bekas teman lelaki sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!


Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

 Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah. ..


Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.


Jiwa mereka sangatlah sensitif.


p/s : cam mana?? Korang ada nak tambah pape???tambah jew, untuk dikongsi bersama...
jangan lupa tinggalkan komen, follow and tinggalkan jejak kat shoutbox

No comments:

 

Copyright 2013 © CHN
for http://littledaies-port.blogspot.com/