My Koleksi Novel....



Untuk pengetahuan korang,
Min ada banyak hobi, salah satunya baca novel,
Hari ni Min tetiba rasa cam nak kongsi hobi Min plak, he he he


hehe, Min minat baca novel sejak darjah 3 lagi,
Cam mana boleh minat novel??
Nak tau ke??
ok, Min suka baca novel,
Sebab kawan Min yang mula2 baca novel,
Kan kawan itu mempengaruhi sifat kawannya??

Malam ni Min nak kongsi beberape
Koleksi novel Min,
Min pilih yang Min suka sangat2 jew,
kalau letak sume nanti korang boring plak..
He he he , Enjoy It....





 Bila Hati Kata Sayang


BILA HATI KATA SAYANG - Marissa

Aku Hanya Ingin Tahu Aku Sayang Padamu...

Sinopsis :

Dia hadir waktu aku sudah bergelar tunang orang. Awal-awalnya, aku fikir hanya biasa-biasa saja, tetapi pada hujung-hujungnya, aku tahu semua itu bukan lagi sekadar biasa-biasa saja. Sudah menjadi sangat-sanggat luar biasa.

Aduhai… Kenapa dia macam syok sahaja dekat aku? Selalu buat benda-benda yang tidak aku jangkakan. Atau aku yang terlebih syok dekat dia? Kalau betul, apa yang harus aku lakukan? Minta putuskan tali pertunangan? atau aku kena lari bersama dengan si dia.

"Degil sangat ni kenapa? Nasib baik awak jauh."

"Kalau dekat kenapa?"

"Saya cium awak!"

"Encik nak ke cium saya ni. Kan saya kuli encik. Lalu ke encik cium saya?" Aku buat-buat gelak walaupun aku tak ada mood langsung nak gelak.

"Awak berani cakap macam tu sebab kita jauh. Kalau dekat nak cakap dengan awak pun susah. Betullah kata orang, bila jauh dirindu!"

"Eh! Tolong sikit. Siapa yang rindukan encik. Tak nak saya rindukan encik tu!" Cepat saja aku nafikannya.

"Betul? Betul tak rindukan saya?"

Aku diam. Tak boleh nak jawab. Sebab memang betul aku rindukan dia. RINDU GILA!
Bila Hati Kata Sayang

Akan tetapi, bolehkah aku terus-terusan merindui dia? Bolehkah aku jatuh cinta kepadanya sedangkan aku tahu, semuanya sudah benar-benar terlambat.

Judul : Bila Hati Kata Sayang
Penulis : Marissa
Semenanjung : RM 18.00

Dapatkan Di Gerai Karyaseni Dewan Tun Razak 3, No D13 - D16...



 Cinta Kontrak




‎(NOVEL TERBARU) CINTA KONTRAK - Nurul Ain Syuhada

Ibu! Rasa macam nak terjun laut! Terseksa la kalau macam ni. dengan kontrak tak matured tu lagi! Hampeh punya engineer! Pergi blaja tinggi-tinggi sebab nak create kontrak bebudak camtu ke? Kalau aku jadik pengarah universiti cicak kobeng tu, ku tendang jauh masuk gol mamat ni!

Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampung ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Dengan bantuan sahabat Alongnya, Kak Yati, Airysha bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya.

Muhammad Danial Franz, seorang pemuda kacukan Perancis yang berkelulusan dari luar negara kembali ke Malaysia dan bekerja di bawah daddynya, Dato’ Eddy disebuah syarikat besar.

Takdir menemukan Airysha yang brutal dengan Danial yang ego di butik mommy Danial, Datin Aleeya! Danial cuba mendapatkan Airysha tanpa merendahkan egonya. Danial membawa Airysha untuk bertemu orang tuanya untuk dikahwinkan. Tetapi perkahwinan ini bersyarat! Kontrak yang direka Danial dipandang remeh oleh Airysha.

Disaat akad nikah hampir tiba, Airysha menyusun strategi untuk lari!, Airysha mengambil keputusan untuk membatalkan kontrak tersebut. Lantas sekeping kertas yang tertera kontraknya, dibuang. Apa yang bakal terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan masih diteruskan? Bagaimana kehidupan Airysha selepas ini? Adakah masih terkurung disangkar yang disaluti emas? Bahagiakah dia? Bagaimana pula penerimaan Danial terhadap perangai brutal Airysha? Bila senduk bertemu kuali, bila api bertemu sumbu bom, apa yang akan terjadi?

"Kontrak! Kontrak! Kontrak! Tu je yang kau tau nak sebut? Yela! Yela! Aku yang buang. Aku tak puas hati dengan syarat-syarat dia. Ada ke aku sebagai seorang perempuan, kena tido atas sofa? Kau ni manusia takde hati, takde perut!" selorohku. Dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan diri daripada rangkulannya. Danial mendengus perlahan.

-----------------------------------

"Weh! kau giler hape? Nak bunuh aku ke?" Danial cuak .

"You decide. Nak hidup ke, nak mati?" Aku menghadiahkannya segaris senyuman.

"Malam ni, malam kau. Jangan harap lepas ni kau boleh langgar kontrak aku!" ujar danial kasar. Terpaksa dia mengalah. Takut jugak kalau minah ni tembap seterika kat muka aku, dah tak hensem la aku! Muka macho macam ni, mana nak dapat? Syarat kedua berjaya aku langgar. Caiyok Airysha!

Segera aku melompat ke atas katil apabila Danial sudahpun turun daripada katil indah miliknya. Malam ni, kau milik aku, wahai katilku sayang!

-----------------------------------------

Judul : Cinta Kontrak
Penulis: Nurul Ain Syuhada
Penerbit : Karyaseni
Semenanjung : RM 20
Sabah / Sarawak : RM23

Tahniah kepada novel CINTA KONTRAK yang menduduki No 1 Novel TERLARIS / BESTSELLER di POPULAR. Rujukan Bahagian Sastera, Akhbar BERITA HARIAN, Jumaat. 23 September 2011. Pada minggu ini pula menduduki no 2 carta Bestseller di POPULAR. Tahniah kepada penulis, penerbit, Novel ini menduduki top 5 Carta Bestseller di POPULAR untuk 10 minggu berturut2.

Jika anda ingin membaca bab awal novel ini untuk penilaian awal sebelum membeli, layari di http://www.penulisan2u.my/tag/cinta-kontrak/





 Terlanjur Mencintaimu


‎(SEDUTAN NOVEL) Jom Kenali Novel TERLANJUR MENCINTAIMU dengan lebih dekat

Dialog 1
"Okeylah. Kalau abang bebel-bebel, penat lah letih lah... siap abang!"

"Eleh.. paling kuat Ika cubit abang saja. Okaylah, abang tak mahu ganggu Ika. Sedap air kopinya, sayang. Terima kasih. Kalau tiap-tiap pagi ada air kopi macam ni, pun best! Abang nak pergi jalan-jalan kat pejabat ni kejap, nak berkenal-kenalan."

"Sama-sama kasih sayang!"

"Eh mana boleh ambil ayat abang."
Tengku Hanis tergelak. "Banyaklah ayat awak..." ‘Alamak! Tersasul! Macam mana boleh terkeluar, orang nak cakap dalam hati saja!’

"Hah! Awak yer.. satu! Tinggal lagi 2 peluang." Johan menunjukkan 2 jarinya kepada Tengku Hanis.

"Arr.. terlepas! Tarik balik.. tarik balik!"

"Mana boleh. Tak acilah. Hari tu kalau tak tarik tinggal lagi satu peluang. Boleh ehem.. ehem.." usik Johan.

"Dalam mimpilah!"
Johan ketawa sehingga luar kedengaran. Tengku Hanis geram! Dia memukul-mukul mulutnya...

---------------
Dialog 2

"Buat apa kat sini?" ujar mereka serentak.
Mereka berdua tergelak.

"Er.. er.. Ika nak turun bawah, nak minum. Abang nak air ke?" ujar Tengku Hanis cover line. Dia sebenarnya malu tak terkira! ‘Kalaulah Johan tahu sebenarnya aku mundar mandir di depan bilik Johan sebab tak boleh tidur kerana Johan, manalah nak letak muka cantik aku ni?’

"Hah.. abang memang dahaga juga ni. Itu sebab abang keluar ni." ‘Isk... kenapa Ika kat luar ni pula? Aku baru sengaja hendak menjenguk dia, dia dah keluar pula!’ Johan menepuk dahinya.

"Ika pergi dapur dululah."

"Abang teman Ikalah..."

"Ika tak boleh tidur, mungkin tempat baru kot."

"Betul, abang pun!"

"Mungkin dah minum, baru boleh tidur kot."

"Mungkin juga." Ujar Johan tersenyum. ‘Kalau Ika kata abang, meh tidur dengan Ika, sure abang tak tolak punya sayang!’ ujar Johan dalam hati.

"Ya lah..." ‘Kalau abang kata, meh tidur dengan abang, paling kurang Ika akan cakap mengada, tapi lepas tu Ika follow abang saja! Takkan Ika nak cakap dulu pula... Hari tu tak mahu, sekarang mahu! Malulah...’ ujar Tengku Hanis di dalam hati.

--------------------
Dialog 3

"Abang pun ada sesuatu untuk Ika." Johan melepaskan pelukannya. Di ambil sesuatu di dalam poket bajunya.

"Tadikan abang dah bagi Ika bunga? Ada lagi?"

"Buat isteriku!"
Mula-mula Tengku Hanis membuka kad kecil itu. Dia membacanya perlahan.
The greatest love is just to love and be love in return. Suamimu – Johan Iskandar.
Tanpa disedari air matanya menitis. ‘To be love in return? Bila? Sampai bila aku mesti jadi seperti ini?’

"Orang bagi dia hadiah, dia memangis pula. Cengeng!" Johan menyeka air mata isterinya. Tengku Hanis tersenyum. ‘Mengapa suami sebaik ini, balasan cintanya lewat sekali!’
Bungkusan hadiah kecil di buka. Bracelet emas putih dengan corak dua hati, sangat cantik.

"Ini hati abang, ini hati Ika. Suka tak?"

"Suka. Kalau tiap-tiap bulan macam ni..."

"Bankrupt lah abang!" sambung Johan.

-------------------
Dialog 4

"Ini mesti nak mengusik abang kan? Muka jahat tu.. abang tahu!" Johan meletakkan tangannya ke bahu Tengku Hanis.
Tengku Hanis tergelak-gelak.

"Itulah Cik Intan yang memikat hati Encik Johan selama ni ya."

"Salahlah... Cik Intan yang terpikat dengan Encik Johan!"

"Perasaan lah abang ni! Manis orangnya..."

"Memanglah, taste suami Ika ni semua yang hebat-hebat! Tengok oranglah..." Johan mendabik dada.

"Apa perasaan bila abang terjumpa dengan dia? Jawab betul-betul, tak mau main-main" tanya Tengku Hanis serius.

"Seronok."

"Hah! Seronok?" Tengku Hanis memukul peha Johan. Johan mengaduh sakit.

"Ye lah seronoklah jumpa kawan lama. Takkan nak menangis pula macam orang tu!" Johan mengusik isterinya.

--------------------------------------

Sinopsis :

Johan Iskandar mempunyai dua sebab mengapa dia terpaksa mengahwini Tengku Hanis Zulaikha. Satu, sebab wasiat Tok Din, satu lagi sebab Izhar, ayahnya. Tercetus satu perasaan di antara dia dan Tengku Hanis. Sudah terlanjur mencintai isteri paksaannya, apakah Tengku Hanis menerima Johan setelah mendapat tahu sebab utama Johan mengahwininya?

Johan Iskandar : "Tahu tak kenapa perasaan itu tidak ada? Kerana Johan Iskandar sudah jatuh cinta dengan Tengku Hanis Zulaikha, tak ada... dan tak akan ada wanita lain di hati Johan Iskandar selain Tengku Hanis Zulaikha!"

Tengku Hanis terpaksa menerima keputusan wasiat itu kerana takut keluarganya merempat. Dia mulanya tidak mencintai Johan disebabkan rasa takut yang mendalam, takut ditinggalkan. Tetapi di dalam diam, dia sudah terlanjur mencintai Johan. Adakah Tengku Hanis akan rela membuka sepenuh pintu hatinya kepada Johan Iskandar?

Tengku Hanis Zulaikha : "Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu!"

Wasiat Tok Din mempunyai 'due-date', adakah kedua-dua mereka berjaya memenuhi wasiat itu sebelum tamat tempohnya?


Judul : Terlanjur Mencintaimu
Penulis : Syamnuriezmil
Penerbit : Karyaseni
Semenanjung : RM18
Sabah / Sarawak : RM21

Layari di www.karyaseni.my ada potongan harga RM3, Tiada dikenakan Caj Pos dan Pihak kami akan pos novel anda dengan POS LAJU. cepat sampai ke alamat anda





Masih Setia



Miera- Gadis biasa yang hidup serba sederhana. Ada rupa,ada pelajaran, ada cita-cita. Dalam menjalani kehidupan seharian, teman lelaki tidak pernah terlintas difikiran. Sehinggalah
dia dipaksa memikirkannya atau dia tiada pilihan.

Rudi - Lelaki terpilih yang ingin digandingkan dengan Miera.Namun Miera tetap berkeras
enggan berteman biarpun segunung harta dijanjikan untuknya.

Musibah melanda.Sekelip mata, percutian Miera di bumi asing bertukar menjadi tragedi. namun, disebalik peristiwa hitam yang berlaku, kehadiran Dr Malik mengetuk pintu hatinya. Dalam kesibukan membantu mangsa bencana. Dia mengamati lelaki itu dari jauh. Dalam kelelahan menjalani kehidupan seharian dia mendekati tanpa sengaja. Jeling-menjeling,pandang memandang.Jiwa terusik,hati bergelora hingga tanpa sedar ,perasaan itu 
hadir tanpa diundang. Mengapa hatinya mudah tercuit dek lelaki itu?

Hatinya  Berbelah bahagi, Rudi yang mencintai ,Dr Malik yan diingini. Masakan dia boleh memiliki kedua2nya .Justeru ,mana satu pilihan terbaik untuknya..





p/s: kalau korang 1 geng gan Min, kongsi2 laa sikit novel2 yg terbaeeeekkkk
hehehe

Why Jasmin??Lets see....




Bunga Jasmine



Korang pernah terfikir tak npe Min letak nma Jasmin 
untuk blog ni??
Nak tau??



Malu laaa Min...(megada-gada)
ok2, serius!kami serius...haha
ni betul2 serius


Sebab Min letak nama Jasmin sebab Min 
suka bunga Jasmin.

Sebab lain Min suka nama Jasmin
sebab Min rasa nama Jasmin tu cam sweet je,
tak tau laaa pendapat korang, selera masing2 kan??



Min nak kongsi sikit info tentang Bunga Jasmin
antaranya ialah:



Melur/Melati atau (Inggeris):Jasmine, merupakan pokok jenis belukar renek dan ia juga dikatakan pokok yang jenis merayap dan menjalar. Pokok melur ini mempunyai kira-kia 200 jenis dan boleh didapati dikawasan tropika dan beriklim panas. Pokok ini hidup membesar dalam keadaan menjalar pada pokok-pokok lain atau pada sesuatu bahan yang ia boleh berpaut.
Bentuk daun pokok ini nampak ringkas dan mudah, bercabang tiga, sedikit berlilin dan warna hijau tua. Manakala, warna bunga, pada amnya, ia mudah didapati dengan warna putih, namun spesis yang lain mempunyai bunga warna kuning. Satu bunga melur boleh dijumpai dengan 5 ke 6 kelopak. Bauan bunga ini kuat dan harum. Musim pembungaan bunga melur disekitar musim bunga dan sejuk pada kebanyakkan jenisnya, tetapi, J.nudiflorum dalam musim sejuk boleh dilihat pada dahan-dahannya.


Bahasa Lain 





Melur dalam bahasa-bahasa lain seperti (Itali:jasminum), (Portugisjasmim), (Sepanyol:Jasminum), (PerancisJasmin), (Hawaiipikake atau pikaki), (Indonesia:Melati), (Tamil:Mallipu), (HindiMogra), (TagalogSampaguita), (SanskritMallika).
Manakala panggilan Melur dalam etnik-etnik di Indonesia ialah Menuh (Bali), Meulu cut atauMeulu China (Aceh), Menyuru (Banda), Melur (Gayo dan Batak Karo), Manduru (Menado),Mundu (Bima dan Sumbawa) dan Manyora (Timor), serta Malete (Madura).


Kenali-Hati-Wanita



Untuk para lelaki kat luar sana tu, meh singgah blog Min jap
Hari ni Min nk kongsi bagaimana nak kenal wanita 
Sape2 rasa cam nak tambah, tambah jew...
He he he,  sebahagian yang Min akan tulis memang 
Min rasa ada betulnya jugak sebab
Kekadang Min rasa cam tu jugak
Ni contoh nak kenali wanita



 Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal. 


 KalAU gambar kelas keluar,wanita akan mencari siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah
dirinya sendiri. 


Jika sEorang wanita memberi pelbagai alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. 


 Tapi ,jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.


 Cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,ialah  menyelak buku-buku cinta.


Jangan berlagak pandai dengan mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!


 Jika senjata lelaki adalah kata2,Senjata wanita adalah airmata!!


 Wanita cuma mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


 Mereka selalu meceritakan pelbagai perasaan yang mereka sedang rasa dan lalui kepada Teman baiknya saja.


Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..


 Bagi wanita,cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.


Jangan tackle kwn diowg.Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.


Walaupun bekas teman lelaki sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!


Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

 Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah. ..


Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.


Jiwa mereka sangatlah sensitif.


p/s : cam mana?? Korang ada nak tambah pape???tambah jew, untuk dikongsi bersama...
jangan lupa tinggalkan komen, follow and tinggalkan jejak kat shoutbox

Miss Youu Soooo Mucchhhh



                                                   Uhhhh!! Stress sangat skang ni...aiyoooo
                                         Min x ley concent laa... Cam mna erk nk bgi hilang rindu ni??
                                                        Dr Cinta, tolong Min, ohhhh Dr....
                                              Bley bgi sy ubat menahan rindu???serabut dah kepala ni.....



                                                                Anybody can help me???
                                                                  treat my illness??
                                                           Korunx msti ckp, " call jew laaa dia tu.."
                                              x ley2, Min x nk mengalah dia yg kena mintax maaf gan Min
                                                    Dia yg salah, nape plak Min yg kena mintax maaf??

                 
                                                   Rindu sgt2 dah kat dye...smpi hilang fokus Min
                                          Smpi masa Min nk letak nasi dlm pinggang, Min wat masuk dlm cawan...
                                              Pastu air letak dlm pinggang semua sbb Min rindu awk...
                                                    Confirm korunx kata, "mintax je maaf, habis cite"
                                        No-no....Min x nk surrender, sape yg wat salah, dia yg kena mintax maaf


                                                 OMG!Dr Cinta a.k.a hati Min kata, Min kena mengalah
                                                                    How could u Dr Cinta!
                                               Banyak mna Si Dia upah awk masuk geng dia???UHHHHH



P/S: Kesimpulannya, kita kena bertolak ansur gan pasangan kita....So, terpaksa gak Min kena gi pujuk Si Dia...Alahai, thanks Dr Cinta...sy dgr ckp awk, Dr Cinta...hmmmm

No Title #1



                                SINGLE = jangan bersedih kerana Allah akan bagi yang terbaik kelak....
                           
                            BERCINTA = jangan terlalu seronok kerana ketika ini lah saham dosa meningkat...

                             TUNANG = jangan terlalu lama kerana ia akan menimbulkan pelbagai masalah...

                            BERNIKAH = jangan terlaku leka kerana telah diberikan tanggungjawab yang akan                                                              
                                                                          dipersoal di akhirat nanti

Welcome-To-My-Blog

 

                                                                        Whoa .! :)
HeLLo ALL ..
hee , tenal Jasmin(bkn nma sebenar) x .?
huhu  . x kenal .? meh nk cte ciket sal Jasmin . 
Cehh . Jz cll me Min . HAHA! im 15 okie .??
Stay at Kelantan . Ada masalah , jmpa lysa .
hee  .ada2 jerr~  
Im New in Blogspot!
(sebenarnya x pon!)
Blog ke-2 lah! .


Yang lama dh LUPUS ponn . ;)


................sebab................
ahaa , x pyh cte lah~


Okee2 , hope korunk smua boleh FOLLOW Min okie!
Hope ccgt niyh :) 
Thnxx! Muaahhx! :*:*:*:*




 

Copyright 2013 © CHN
for http://littledaies-port.blogspot.com/